Hujan Asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh loji tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan cecair dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14: pH kurang daripada 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral dan pH yang melebihi 7 adalah alkali. Contoh air hujan yang bersih yang diambil daripada lokasi bersih seperti di pulau terpencil didapati bernilai antara 5.6 dan 6.0. Secara amnya, air hujan dengan pH kurang dari 5.6 dianggap berasid.
Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.
PUNCA HUJAN ASID
1. Tumbuh-Tumbuhan
- Menyebabkan perubahan komposisi bahan organik dalam tanah kerana kandungan nutrien yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan akan terhakis
- Mengancam mikro organisma dalam tanah
- Jejaskan proses pereputan dan penguraian bangkai haiwan dan tumbuh-tumbuhan
- Musnahkan tisu daun dan mereputkan akar tumbuh-tumbuhan
- Menyebabkan kerosakan hutan dan hasil tanaman
2.Kerosakan Bangunan
- Hujan asid merosakkan bangunan lama. Cth: Tugu Peringatan dan artifak-artifak bersejarah
- Hujan asid yang menyerap ke dalam batu bata dan gangsa alami tindak balas kimia – batu jadi reput dan gangsa terurai.
- Menjejaskan kekuatan dan kekukuhan konkrit dan cat bangunan
3. Mengancam Hidupan Akuatik
- Bila keasidan air meningkat, bahan-bahan logam akan larut dalam air. Cth: alimunium, zink dan raksa
- Pertambahan logam –logam beracun beracun ini mengurangkan aktiviti mikrobiologi seperti zooplankton dan fitoplankton. Akibatnya bekalan makanan untuk ikan terjejas
- Hujan asid juga akan merosakkan telur-telur ikan dan jejaskan perkembangan embrionya.
4. Mengancam Kesihatan Manusia
- Bila hujan asid berlaku di kawasan sungai atau tasik, bahan logam dalam tanah akan bertindakbalas dengan air berasid untuk menghasilkan pelbagai logam dan sebatian asid bertoksik.
- Minuman tercemar kerana mengandungi antimoni, stanum dan plumbum yang tinggi.
- Penyakit yang boleh diakibatkan oleh pencemaran air hujan asid ialah leukemia.
Hujan asid boleh dielakkan sekira aktiviti manusia dalam bidang perindustrian dan pembangunan ekonomi dikurangkan. Semua pihak harus bertanggungjawab mengurangkan kesan hujan asid kerana implikasi kepada kehidupan akan memberi kesan yang berpanjangan.